Tuesday, March 15, 2011

masih melayu?

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun                                                                       s
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.                                                               a
Melayu itu berani jika bersalah                                                                         j
Kecut takut kerana benar,                                                                             a           
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,                                                                                    k
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,                                                                                      m
Bugis itu Melayu,                                                                                       e
Banjar juga disebut Melayu,                                                                       l
Minangkabau memang Melayu,                                                                    a
Keturunan Acheh adalah Melayu,                                                               y
Jakun dan Sakai asli Melayu,                                                                        u
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Usman Awang

>> Adakah masih melayu muda mudi zaman ini? Kisah- kisah di dada akhbar sering mengelirukan kita apabila terpampang 'anak melayu' yang melakukan perkara terkutuk sedangkan kita sedia maklum, orang melayu sering diajar dengan sopan santunnya dan budi bahasanya. Di manakah hilangnya kemelayuan kita? Adakah sudah pupus ajaran MELAYU yang diturunkan dari generasi ke generasi?.. fikirkanlah..<<

Saturday, February 5, 2011

CERPEN...



Bangsa bukan ukuran

     “ Yin,adakah kamu sudah bersiap? Mari, ibu ingin ke kedai segera. Sebentar lagi ayah kamu akan pulang.” Puan Yu Fa memanggil Yin yang sedang leka membaca Akhbar Utusan.
     “ Sebentar ibu, Yin akan bersiap segera,” Yin segera mengemas akhbar dan buku notanya yang berselerakan ketika dia sedang asyik mendalami puisi dan pantun tradisional melayu.
     Yin dan ibunya berjalan beriringan untuk ke kedai Pak Adam. Setiap langkah yang diambil menambah minat dalam diri Yin untuk bersastera.
             Kemudi calus mudah meluncur,
            Ke barat topan cuaca berpindah;
            Berbudi halus sudah termasyur,
            Beradat sopan bahasa indah.
Sebuah pantun berlegar- legar di minda Yin. Pantun itulah yang dikajinya tadi sehingga dia terleka. Yin amat mengagumi keindahan bahasa melayu. Walaupun dia berbangsa Cina, itu tidak menghalangnya untuk mendalami sastera melayu. Yin sendiri dibesarkan di dalam kalangan kaum melayu. Dari segi bahasa, budaya dan permainan orang melayumemang sudah sebati dalam darah dagingnya.
     “Apakah yang Yin kata akan tadi? Ibu kurang dengar,”  ibu Yin bertanya kerana dia terdengar Yin berkata sesuatu.
     “ Oh, tidak ada apa-apa ibu. Yin teringatkan pantun yang Yin baca dalam akhbar tadi. Bahasa Melayu memang bahasa yang indah ibu. ‘Bak kata pepatah, yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa ‘ bukan begitu  ibu?” Yin memang pandai bermadah kata. 
     “ Bijak anak ibu ini. Yin ingin menjadi sasterawan pada suatu hari nanti?” lama Yin memikirkan pertanyaan ibunya. Yin amat meminati sastera melayu, namun dia sedar dia berbangsa Cina. Belum pernah lagi dia melihat insan yang berasal daripada kaumnya menjadi satu daripada sasterawan Negara yang disegani meskipun dia tahu itulah impiannya.
     “ Ya, itulah impian Yin ibu. Tapi…” Kata- kata Yin terhenti di situ.
     “ Yin, ‘ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ Jika benar itu impian Yin, teruskanlah usaha Yin untuk menggapainya. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran,” ibu Yin member kata- kata semangat kepada Yin.
     “ Amboi, ibu juga bijak menggunakan pepatah melayu! Terima kasih ibu. Yin akan teruskan impian Yin,” Senyuman terukir di bibirnya. Yin lega mendengar kata- kata ibunya yang menjadi perangsang untuknya meneruskan minat terhadap sastera melayu.
   
 Sedang asyik berjalan, Yin teringatkan satu pantun,
     Meninjau berpadi masak,
     Butang kapas bertimbal jalan;
     Hati risau dibawa galak,
     Bagai panas mengandung hujan.
      Pantun ini seerti dengan jiwanya yang masih bergolak. Peperangan di antara jiwanya yang inginkan sastera atau ayahnya yang inginkan kerjaya yang lebih cerah. Namun itu bukan ukuran untuknya menyerah kalah dengan keadaan. Yin akan membuktukan bahawa dengan sastera melayu, dia akan Berjaya.
     ‘ Papa, tunggu saja Yin berjaya suatu hari nanti,’ monolog Yin dalam hati.
* **
     Tanggal 3 Januari adalah tarikh Yin menjejakkan langkah ke sekolah menengah. Majoriti pelajar di sekolah itu berbangsa Melayu. Susah semestinya pelajar Cina adalah pelajar minoriti. Meskipun berada di suasana sekolah yang baru, minat Yin terhadap sastera tidak pernah pudar. Pada ujian penggal pertama Yin telah mencipta kejayaan apabila keputusan peperiksaan bahasa melayunya paling cemerlang di antara pelajar- pelajar Melayu di sekolah tersebut.
     Sewaktu Yin sedang leka mengulang kaji pelajaran, Puan Harlina memanggilnya ke pejabat. Seperti ada sesuatu perkara penting yang ingin diberitahu Puan Harlina kepadanya namun Yin tidak ingin membuat andaian sendiri.
     “ Yin, minggu hadapan akan diadakan Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah kita. Saya amat berbesar hati jika Yin dapat mendeklamasikan sajak atau puisi pada majlis tersebut,” Puan Harlina, guru Bahasa Melayu Yin menjemput Yin untuk mengadakan persembahan.
     “ Tapi Puan Harlina, saya hanyalah pelajar tingkatan 3. Masih ramai lagi kakak- kakak  dan abang- abang  dari sekolah ini yang lebih layak membuat persembahan itu berbanding saya.” Yin meluahkan rasa.
     “ Yin, umur tidak penting, tetapi bakat yang menjadi ukuran. Saya percaya yang awak mampu lakukan yang terbaik pada majlis itu nanti,” balas Puan Noor.
     “ Baiklah Puan Harlina, saya akan cuba buat yang terbaik,” Yin berkata sambil melemparkan senyuman yang manis  kepada gurunya.
 Hari yang ditunggu telah tiba. Yin berasa berdebar menunggu gilirannya untuk mendeklamasikan sajak. Tangannya mulai berpeluh dan pipinya terasa hangat. Keringat atau berpeluh adalah proses berpeluh di mana urea berwarna, jelas, neutral atau sedikit air terdiri daripada bendalir dengan kuantiti garam yang sedikit dikeluarkan melalui pori-pori kulit oleh kelenjar peluh. Haba pula dihasilkan oleh tubuh kerana otot bekerja, stimulasi saraf dan reaksi kimia eksotermik terjadi dalam tubuh badan sangat penting untuk proses metabolisme. Peluh juga adalah mod utama untuk tubuh badan membuang haba yang berlebihan agar badan kita menjadi sejuk dan segar.’ Yin teringat kata- kata guru mata pelajaran Biologinya, Encik Aziz sewaktu menerangkan proses penyahtinjaan dalam badan manusia semalam.  Sewaktu memikirkan apa yang dikatakan oleh guru Biologinya, tanpa disedari gugup Yin telah hilang.
     “ Kini, majlis menjemput, saudari Yin Han Teong untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Majlis mempersilakan,” Pengurusi majlis menjemput Yin.
   Yin melangkah ke atas pentas dengan penuh keyakinan. Gugupnya telah hilang, Yin hanya memikirkan semangatnya untuk mendeklamasikan sajak sasterawan pencetus ilhamnya.
  “ Selamat sejahtera kepada semua. Pada hari ini saya akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Peludah Bahasa  hasil karya sasterawan negara yang amat saya segani, A.Samad Said.”
 Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.
Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.
Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.
Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.
Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.
     Yin berjaya mendeklamasikan sajak tersebut dengan cemerlang. Semua hadirin terpukau dengan gayanya, intornasinya dan bahasanya. Semenjak dari hari itu, Yin sering membuat persembahan untuk majlis di sekolahnya. Malahan, dia juga dijemput untuk membuat persembahan di majlis- majlis besar seperti Majlis Perlantikan Yang Berhormat di kawasannya dan juga majlis perayaan. Yin amat bangga menjadi pelajar Cina yang mendalami bahasa melayu.
                                                                    ***
     Suatu hari sewaktu membelek- belek Akhbar Utusan yang dibelinya tadi, Yin terlihat akan ruangan sajak oleh sasterawan negara. Yin gembira bukan kepalang apabila dia menatap nama penyajak tersebut, Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin. Sasterawan berbangsa Cina itu menjadi penaik semangat Yin untuk menjadi sepertinya. Yin sedar, kepintarannya mencipta pantun, sajak dan juga puisi adalah bakat anugerah Tuhan. Yin juga yakin bahawa bakatnya boleh membawanya jauh di arena sastera negara. Mungkin juga dunia!

Saturday, January 29, 2011

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara


  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
tanpa sasterawan, bahasa melayu tidak dapat ditingkatkan, digayakan dan diperindah..

A. sAMAD sAID

Abdul Samad bin Muhammad Said
ASamadSaid.jpg
A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialahSasterawan Negara 1986.
Kelahiran19 April 1925 (umur 85)
Kampung Belimbing Dalam,Durian TunggalMelaka
PekerjaanPengarang
KerakyatanMalaysia
Tempoh penulisan1941 -
GenreFiksyen sasteraSajak, catatan perjalanan
petikan daripada:-
http://ms.wikipedia.org/wiki/A._Samad_Said

Saturday, November 6, 2010

tentang A.Samad Said

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura(1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.


Antara karya A.Samad Said
§  Salina
Penglibatan memperjuangkan bahasa
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang danBatang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.
Untuk mendapat kuasa, pemimpin UMNO menggunakan bahasa Melayu. Tetapi setelah berkuasa mereka membuang bahasa Melayu. Penonton hendaklah jerit 'Gunakan Bahasa Inggeris' jika mereka masih berbahasa Melayu. Orang Melayu bolehlah undi sesiapa sahaja kecuali UMNO. Hanya PAS atau Keadilan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. [1]
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh Negara.
Pautan luar
·         Laman ini diubah buat kali terakhir pada 21:39, 3 Januari 2010.
·         Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
·         Dasar privasi
·         Perihal Wikipedia
·         Penafian

Saturday, November 6, 2010

mengapa kita perlu bersastera??.. hmmm...

MATLAMAT
Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah
adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar
mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan
memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu
dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan
cita rasa sastera di kalangan masyarakat.
OBJEKTIF
Kurikulum Kesusasteraan Melayu membolehkan murid:
i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera.
ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera.
iii. menghayati dan menghargai estetik bahasa.
iv. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya.
v. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara
kritis, dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping
memupuk semangat cinta akan negara.
2
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM
vi. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai
dengan kebolehan murid.
vii. memupuk budaya membaca untuk memperkembang
dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu

Saturday, November 6, 2010

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN



Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya
asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan
dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama,
sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi
perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping
memaparkan nilai kemanusiaan, dan citra masyarakat

Saturday, November 6, 2010


pengenalan sastera dalam pembelajaran

PENDAHULUAN
Kesusasteraan Melayu ialah mata pelajaran bagi Tingkatan 4
dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani. Menyedari bahawa kesusasteraan ialah
cerminan masyarakat dan budaya, maka kesusasteraan
sangat penting dipelajari oleh semua murid. Dengan ini, murid
dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi
karya kesusasteraan Melayu.
Selain itu, pendidikan Kesusasteraan Melayu berupaya
mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid
dan merealisasikan pengetahuan kesusasteraan dalam
bidang kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga
bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati
kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu. Oleh itu,
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah
harus menjadi landasan ke arah melahirkan Mata Pelajaran
Kesusasteraan Melayu Dalam Kerjaya untuk melatih murid
dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti
kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni.
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu kali terakhir digubal
pada tahun 1991. Sukatan Pelajaran ini memerlukan
penyemakan semula supaya selaras dengan matlamat dan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Sukatan
Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah yang
disemak semula dilaksanakan pada tahun 2003. Sukatan ini
memasukkan beberapa elemen baharu dalam pengisian
kurikulum, iaitu ilmu, peraturan sosiobudaya, nilai
kemanusiaan, kewarganegaraan, dan kemahiran bernilai
tambah.

mari mengenali sastera

perkembangan bahasa Melayuyang berlaku pada pertengahan abad 19 membawa kepada abad 20. Dalam era inilahberlakunya zaman perubahan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden yangboleh juga dinamakan zaman peralihan atau zaman transisi.

bapa sastera moden

Saturday, November 6, 2010

bapa sastera moden

 
BAPA SASTERA MELAYU MODEN



Munshi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854) merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif.
 

Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti.




Sumber :Wajah : biografi penulis/penyusun Mohd. Thani Ahmad, Sarah Sadon, Suhaimi Hj Muhammad 2nd.ed.,1988